Globe trekker

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

Tugasan 6: Sekolah saya


Saya sekarang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera (SMKSS) yang terletak di dalam daerah Manjung. Sebelum saya ke sekolah SMKSS saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan (SKSS) yang terletak dekat dengan sekolah saya sekarang. Saya sekarang bersekolah di sesi petang.

 Sekarang saya ingin menceritakan suasana dan keseronokan berada di sekolah saya. Suasana sekolah saya agak selesa kerana pihak sekolah telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar. Antaranya ialah perabot seperti meja, kerusi, dan lain-lain lagi. Murid-murid hendaklah menjaga harta-harta sekolah yang telah disediakan dengan sebaik yang boleh.

Saya seronok belajar di sini kerana suasananya selesa kerana kawasan sekelilingnya bersih kerana tiada semak samun di dalam kawasan sekolah dan kemudahan surau pun bersih dan cantik. Selain itu, saya juga suka bersekolah di sini kerana saya dapat memperoleh ilmu daripada guru-guru yang tabah mengajar kami bersungguh-sungguh supaya kami dapat berjaya. Seterusnya, saya juga suka kerana dapat kawan yang lagi ramai dan dapat membantu kita apabila susah mahupun senang dan kebanyakkan kawan saya dari sekolah rendah bersekolah di sekolah ini.Saya juga seronok apabila guru dapat membimbing kami kearah kecemerlangan. Dalam pada itu, saya seronok bersekolah di sini kerana rumah saya berdekatan dengan sekolah. Akhir sekali, saya berasa selamat apabila berada di sekolah, kerana sekolah saya jauh dari kesesakkan.

Saya berharap semoga sekolah saya menjadi satu sekolah contoh seperti ponteng sifar. Saya juga berharap agar murid sekolah akan menjadi murid yang berdisiplin. Satu perkara lagi, saya juga berharap agar sekolah saya (SMKSS) dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akedemik mahupun dari segi kokurikulum. Selain itu, saya berharap sekolah ini menjadi sekolah yang terbaik di daerah Manjung dan di dalam negeri Perak.

Tugasan 5: Hobi saya


Saya suka bermain dengan arnab saya. Saya selalu melepaskan arnab-arnab bermain di halaman rumah pada waktu petang. Pada waktu itulah saya menukar air dan mengisi semula makanan-makanan arnab. Arnab-arnab saya suka makan buah epal dan buah pear. Saya selalu memberi arnab saya makan palet. Kadang-kadang saya memberi arnab saya makan buah-buahan. Saya memelihara lima ekor arnab. Pada mulanya, saya hanya memelihara dua ekor arnab sahaja, Sekarang arnab saya sudah bertambah. Keluarga saya membina sebuah rumah arnab kepada arnab untuk tinggal apabila arnab kami semakin bertambah. Ayah beli arnab kami di River Stone, Rabbit's Farm di Pantai Remis.

Selain itu, saya juga suka bermain badminton. Pada waktu petang, saya, adik saya dan kawan-kawan bermain badminton di padang. Kalau nak tahu, antara cita-cita saya ialah untuk menjadi permain badminton seperti Lee Chong Wei. Untuk mencapai cita-cita saya itu saya mestilah membuat banyak latihan. Sebab itulah pada setiap petang saya bermain badminton.

Seterusnya, saya suka bermain permainan video. Pada hari cuti, saya dan adik saya bermain permainan video di rumah. Selalunya kami bermain permainan video tidak melebihi satu jam, kerana ibu saya tidak mahu terperap di hadapan permainan video sepanjang hari. Selepas bermain permainan video, saya memanfaatkan masa dengan membaca buku dan menolong ibu dan bapa saya di rumah. 

Saya juga suka pergi melancong bersama keluarga ketika musim cuti sekolah. Saya dan keluarga sudah pergi melancong ke Melaka, Negeri Sembilan, dan banyak lagi. Semasa berada di Melaka, kami menginap di rumah saudara kami. Semasa di sana, kami telah melawat ke tempat yang bersejarah iaitu, Kota A' Famosa. Kami ingin menaiki menaiki Eye Of Melaca tetapi tidak sempat. 

About

Powered by Blogger.